Persatuan Peguam syarie malaysia (pgsm)

Persatuan Peguam Syarie utama dan terbesar di Malaysia

Sejarah Penubuhan pgsm

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Ogos 2001, dan didaftarkan menurut Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1996 pada 3 November 2001.

Pada 10 Februari 2015, PGSM telah dijenamakan semula dengan nama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (2015) (Nombor Pertubuhan: PPM-006-14-10022015) dengan mengekalkan objektif penubuhan dan logo yang sama, serta meminda sebahagian besar Perlembagaan Pertubuhan bagi membolehkan pertubuhan menubuhkan cawangan di peringkat Negeri. 

Sehingga kini, PGSM telah mempunyai sebanyak Sembilan (9) Cawangan Berdaftar di seluruh negara, iaitu :

  1. Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan (PGSMNS)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000001)

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Pulau Pinang (PGSMPP)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000002

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Melaka (PGSMM)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000003)

 

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Selangor (PGSMS)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000004)

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Perlis (PGSMPs)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000005)

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor (PGSMNJ)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000006)

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Wilayah Persekutuan (PGSMWP)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000007)

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Kedah (PGSMK) dan

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000008)

  1. Persatuan Peguam Syarie Malaysia Perak (PGSMPk)

(No. Cawangan : PPM-006-14-10022015-000009)

yang dipimpin oleh Jawatankuasa Negeri masing-masing.

Objektif/matlamat pertubuhan

 

Tujuan dan matlamat Pertubuhan adalah seperti berikut :

1. Menyatukan Peguam Syarie untuk kepentingan dan faedah Peguam Syarie, undang-undang dan Hukum Syarak.

2. Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli melalui aktiviti-aktiviti berfaedah.

3. Sebagai perantaraan bagi institusi-institusi perundangan, pentadbiran Islam dan masyarakat Islam dalam perkara-perkara berkaitan dengan Hukum Syarak dan undang-undang Syariah.

4. Sebagai saluran menyampaikan idea, cadangan, bantuan dan sokongan secara kolektif kepada semua pihak dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang berkaitan.

5. Membuat hubungan dan kerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama.

6. Membeli, menjual, memajak, memiliki, menyewa, menukar hakmilik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan yang bersangkutan dengan tanah, saham dan lain-lain harta.

7. Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan PGSM.

8. Menubuhkan yayasan untuk kebajikan pelajaran, latihan pengurusan dan kemahiran untuk kepentingan ahli dan keluarga ahli PGSM.

9. Mencadangkan peruntukan yang sesuai kepada pihak yang berwajib terhadap perundangan dan amalan guaman yang lebih baik berdasarkan perundangan Islam.

10. Memartabatkan profesion guaman Syarie, institusi dan perundangan Syariah.

Pada 10 Februari 2015, PGSM telah dijenamakan semula dengan nama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (2015) dengan mengekalkan objektif penubuhan dan mengekalkan logo yang sama, dengan meminda sebahagian besar Perlembagaan Pertubuhan bagi membolehkan Persatuan menubuhkan cawangan di peringkat Negeri.

KENAPA Daftar sebagai ahli pgsm?

Pangkalan Data Peguam Syarie yang Lengkap

Menyatukan seluruh Peguam Syarie di bawah satu pertubuhan untuk kepentingan dan faedah seluruh Peguam Syarie memandangkan kebanyakan Peguam Syarie akan mempunyai sijil praktis syarie pelbagai negeri.




meningkatkan praktis guaman syarie anda

Ahli PGSM adalah merupakan keahlian bersifat dan peringkat kebangsaan, dan akan menerima faedah sebagai Ahli PGSM untuk program di negeri-negeri lain seluruh negara.







Yuran keahlian yang tidak
MENBEBANKN

Ahli PGSM hanya perlu membayar satu yuran tahunan sahaja untuk menerima faedah daripada cawangan-cawangan Persatuan Peguam Syarie Malaysia di seluruh negara.







membina portfolio kerjaya anda

Ahli PGSM layak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan cawangan PGSM negeri dan boleh dipilih sebagai wakil ke Mesyuarat Tahunan Perwakilan PGSM Pusat. Ahli cawangan juga boleh dicalonkan dan dipilih untuk menjawat mana-mana jawatan dalam PGSM Pusat.

membina KEYAKINAN KELAYAN

Kelayan atau pelanggan akan lebih yakin untuk melantik Peguam Syarie daripada kalangan Ahli PGSM kerana mereka di bawah kawalan dan pemantauan PGSM Pusat dan cawangan-cawangan PGSM di seluruh negara.





Berita & artikel terkini

Dapatkan berita dan perkembangan terkini tentang undang-undang syariah di sini. 

KEAHLIAN PGSM

  Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut: AHLI BIASA Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia Umur Minima : 21 tahun iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia Keturunan

Baca lebih »

MESYUARAT TAHUNAN PERWAKILAN (MTP)

  Mesyuarat Agung Tahunan juga telah dijenamakan semula sebagai Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) yang dihadiri oleh para Perwakilan daripada seluruh negara. Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP)

Baca lebih »

LANGGANI SURAT BERITA

Dapatkan artikel dan berita PGSM menerusi emel.

Lokasi PGSM

Persoalan

Hantar soalan anda kepada kami.

Hubungi Kami

Phone call free icon +603- 6205 7000

+603- 6205 7000 Ext. 184. 018-6657261 (PGSM Pusat).

012-3022691 (N.Sembilan). 04-5741730 (P.Pinang).

019-6428532 (Melaka). 016-2860411 (Selangor).

019-4505256 (Perlis). 019-7747341 (Johor).

019-2877608 (Wilayah). 012-4419479 (Kedah).

013-4122236 (Perak)

 

Mail free icon  [email protected]

Facebook logo in circular button outlined social symbol free icon  Hantarkan mesej kepada kami

Close Menu