Mesyuarat Agung Tahunan juga telah dijenamakan semula sebagai Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) yang dihadiri oleh para Perwakilan daripada seluruh negara. Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) Kali Pertama yang melibatkan perwakilan cawangan-cawangan PGSM telah diadakan pada 8 April 2016.

Sehingga kini, PGSM telah mempunyai sebanyak sembilan (9) Cawangan Berdaftar di sembilan (9) negeri, iaitu :

1.         PGSM Negeri Sembilan (PGSMNS),

2.         PGSM Melaka (PGSMM),

3.         PGSM Pulau Pinang (PGSMPP),

4.         PGSM Selangor (PGSMS),

5.         PGSM Johor (PGSMNJ),

6.         PGSM Wilayah Persekutuan (PGSMWP),

7.         PGSM Perlis (PGSMPs),

8.         PGSM Kedah (PGSMK) dan

9.         PGSM Perak (PGSMPk),

yang dipimpin oleh Jawatankuasa Negeri masing-masing.

Sehingga ke hari ini, PGSM mempunyai seramai lebih 500 orang Ahli, seluruh Negara dan dijangka akan bertambah dengan penubuhan cawangan-cawangan baru pertubuhan. PGSMmempunyai seramai 22 orang Pegawai Pertubuhan di peringkat Pusat, yang terdiri daripada 5 orang Ahli Majlis Tertinggi (MT), 8 orang Ahli JawatanKuasa, serta 9 orang Pengerusi Negeri.

PGSM juga mempunyai seramai 117 orang Ahli Jawatankuasa Cawangan di peringkat negeri, iaitu seramai 13 orang Ahli Jawatankuasa bagi setiap cawangan.

Sejak awal penubuhan, PGSM banyak terlibat dalam isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat, terutama yang melibatkan institusi keagamaan dan syariah di negara ini. Pandangan PGSM sering diminta oleh pihak-pihak kerajaan, badan berkanun, NGO-NGO khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan isu umat Islam, perlembagaan dan undang-undang Islam di negara ini.

Leave a Reply

Close Menu