Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

  1. AHLI BIASA
  2. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  3. Umur Minima : 21 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia

  1. Keturunan : Semua
  2. Jantina : Lelaki dan perempuan
  3. Agama : Islam

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mestilah seorang pengamal undang-undang syariah dan mempunyai kelulusan ijazah atau diploma dalam bidang syariah atau undang-undang dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

  1. AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Keahlian dan tempoh mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran. Ahli Kehormat tidak dibenarkan memgang jawatan atau mengundi.

  1. AHLI SEUMUR HIDUP

Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

  1. AHLI REMAJA

Tiada

  1. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan, sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

  1. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
  2. Cara menentukan cawangan bagi setiap permohonan ahli Pertubuhan hendaklah berdasarkan kepada ahli yang mempunyai pejabat atau alamat dan mempunyai Sijil Amalan untuk beramal di dalam negeri tersebut, dan ia hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Perberhentian Dan Pemecatan Ahli

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli cawangan yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
  3. Mana-mana ahli-terus yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Pusat. Sebelum Jawatankuasa Pusat memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.

 

Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan MesyuaratPerwakilan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 

Sumber Kewangan

  1. Bayaran masuk (Pendaftaran) : RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)
  2. Yuran
  3. Yuran tahunan RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)

 

(i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di dalam tempoh 10 hari dari awal tiap tiap tahun. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

  1. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)
  2. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
  3. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  4. Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  5. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

 

  1. Sumbangan

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

  1. Kegiatan Ekonomi

Pertubahan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

 

 

 

Leave a Reply

Close Menu