KUALA LUMPUR 3 Jun – Semua pihak perlu menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebagai ketua negara dan tidak menimbulkan spekulasi berhubung isu pelantikan Peguam Negara.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, hal ini ini kerana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kebijaksanaan dan amanah untuk menilai cadangan nama Tommy Thomas yang dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dilantik menjadi Peguan Negara.

“Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri untuk melantik individu yang berkelayakan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Peguam Negara.

“Nasihat itu bermaksud memberikan pandangan yang baik untuk kepentingan seluruh masyarakat dalam negara dan ia bukannya arahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Close Menu