Kenapa Daftar Sebagai Ahli PGSM?

Pangkalan Data Peguam Syarie Yang Lengkap

Menyatukan seluruh Peguam Syarie di bawah satu Pertubuhan induk, untuk kepentingan dan faedah seluruh Peguam Syarie memandangkan kebanyakan Peguam Syarie mempunyai sijil amalan guaman syarie dari pelbagai negeri.

Meningkatkan Praktis Guaman Syarie Anda

Keahlian PGSM adalah merupakan keahlian bersifat nasional dan di peringkat kebangsaan. Ahli akan menerima faedah sebagai Ahli PGSM untuk program di PGSM Pusat dan juga untuk program-program di PGSM cawangan negeri-negeri seluruh negara.

Yuran Keahlian Tidak Membebankan

Ahli PGSM hanya perlu membayar satu yuran tahunan sahaja yang selaras seluruh negara, untuk menerima faedah daripada cawangan-cawangan Persatuan Peguam Syarie Malaysia di seluruh negara.

Membina Portfolio Kerjaya Anda

Ahli PGSM layak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan cawangan PGSM negeri dan boleh dipilih sebagai wakil ke Mesyuarat Tahunan Perwakilan PGSM Pusat. Ahli cawangan juga boleh dicalonkan dan dipilih untuk menjawat mana-mana jawatan dalam PGSM Pusat. Ahli PGSM juga dibenarkan meletakkan “Ahli PGSM” dalam kad nama, kepala surat firma dan papan tanda firma.

Membina Keyakinan Pelanggan / Kelayan

Pelanggan atau kelayan akan lebih yakin untuk melantik Peguam Syarie daripada kalangan Ahli PGSM, kerana Ahli PGSM di bawah kawalan dan pemantauan PGSM Pusat dan PGSM cawangan-cawangan di seluruh negara. Berbanding dengan mereka yang bukan Ahli PGSM, mereka akan berisiko melantik Peguam Syarie tidak bertauliah, dimanupulasi atau ditipu.

Bagaimana Menjadi Ahli PGSM?

Sila baca terma dan syarat serta perlembagaan PGSM di bawah ini dengan teliti sebelum membuat sebarang permohonan:

Sila lengkapkan borang di bawah untuk memohon sebagai ahli PGSM

Syarat-Syarat Keahlian PGSM

Anda boleh memohon menjadi Ahli PGSM sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

A. AHLI BIASA

  • i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  • ii. Umur Minima : 21 tahun
  • iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
  • iv. Keturunan : Semua
  • v. Jantina : Lelaki dan perempuan
  • vi. Agama : Islam
  • vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mestilah seorang pengamal undang-undang syariah dan mempunyai kelulusan ijazah atau diploma dalam bidang syariah atau undang-undang dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.


B. AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Keahlian dan tempoh mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran. Ahli Kehormat tidak dibenarkan memgang jawatan atau mengundi.

C. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

D. AHLI REMAJA
Tiada

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan, sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

4. Cara menentukan cawangan bagi setiap permohonan ahli Pertubuhan hendaklah berdasarkan kepada ahli yang mempunyai pejabat atau alamat dan mempunyai Sijil Amalan untuk beramal di dalam negeri tersebut, dan ia hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Bayaran Pendaftaran : RM50.00

Yuran Tahunan : RM50.00 (setahun)

Yuran Seumur Hidup : RM2,000.00

Perlembagaan PGSM

FASAL 4 KEAHLIAN

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

A. AHLI BIASA

  • i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  • ii. Umur Minima : 21 tahun
  • iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
  • iv. Keturunan : Semua
  • v. Jantina : Lelaki dan perempuan
  • vi. Agama : Islam
  • vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mestilah seorang pengamal undang-undang syariah dan mempunyai kelulusan ijazah atau diploma dalam bidang syariah atau undang-undang dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.


# Pengamal undang-undang syariah bermaksud memiliki Sijil Peguam Syarie daripada mana-mana Negeri dalam Malaysia.

B. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Keahlian dan tempoh mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran. Ahli Kehormat tidak dibenarkan memgang jawatan atau mengundi.

C. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus (RM2000.00).

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan, sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat.

Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

4. Cara menentukan cawangan bagi setiap permohonan ahli Pertubuhan hendaklah berdasarkan kepada ahli yang mempunyai pejabat atau alamat dan mempunyai Sijil Amalan untuk beramal di dalam negeri tersebut, dan ia hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

# Ahli yang mempunyai pejabat atau alamat tetapi TIDAK mempunyai Sijil Amalan untuk beramal di negeri tersebut dikira sebagai Ahli Terus. “Ahli Terus” maknanya ialah seorang ahli pertubuhan yang tidak menjadi ahli cawangan.


FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli cawangan yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan
membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

3. Mana-mana ahli-terus yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Pusat. Sebelum Jawatankuasa Pusat memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Perwakilan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

1. Bayaran masuk: RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)

2. Yuran

  • a. Yuran tahunan RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)
  • b. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)


Sebarang masalah berhubung dengan Keahlian boleh berhubung terus dengan AJK Kebajikan & Keahlian PGSM, Puan Norra Syada Binti Osman di talian: 019-2823002