Harian Metro
4 Mar 2018
Semua kerajaan negeri dicadang supaya meminda enakmen pentadbiran agama Islam negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan tambahan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah mendengar permohonan bagi semakan kehakiman.
Cadangan itu disuarakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang ketika menjadi pembentang kedua dalam Muzakarah Kedaulatan Islam (MUKIM) anjuran Sekretariat Jaringan Ummah Perak di Institut Tadbiran Islam (INTIM) Perak di sini, semalam.