PGSM gesa aspek perundangan Mahkamah Syariah diselaraskan seluruh negara

PUTRAJAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyarankan agar semua undang-undang, prosedur dan tata kelola kehakiman dan perundangan Mahkamah Syariah diselaraskan di seluruh negara. Presidennya, Musa Awang, berkata secara peribadi, sepanjang pengalamannya berkhidmat di beberapa negeri, prosedur dan tatakelola yang tidak selaras di antara negeri sangat ‘meletihkan’ bagi pengamal undang-undang Mahkamah Syariah. Beliau berkata, sebagai contoh, […]
Teliti semula keputusan tarik balik rayuan kalimah Allah

PETALING JAYA: Kerajaan digesa meneliti semula keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meneruskan rayuan tersebut ke mahkamah tertinggi negara dengan mempertimbang […]
Cari jalan pendekkan kes mahkamah syariah – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Pihak-pihak yang menjalankan undang-undang syariah perlu mencari kaedah untuk memastikan tempoh penyelesaian bagi sesuatu kes di mahkamah syariah dapat dipendekkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, langkah itu perlu kerana bimbang kezaliman akan berlaku kepada pasangan yang berdepan dengan masalah rumah tangga. “Kita bimbang […]