Ada Soalan?
Sekretariat PGSM
Alamat
No. 1-3, Tingkat 2,
Jalan Elektron F, U16/F,
Seksyen U16, Denai Alam,
40160, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Telefon
(+6) 03 7831 8100
Emel
salam@pgsm.org.my
Soalan Lazim
Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk :
- Mendapatkan nasihat tentang masalah bersifat undang-undang
- Mewakili anda di Mahkamah, jika perlu
- Membantu mengendalikan hak anda di sisi undang-undang
Oleh itu, anda mungkin ingin berjumpa dengan seorang peguam khususnya:-
- Jika anda didakwa melakukan jenayah dan ingin mendapatkan nasihat mengenai pembelaan anda dan juga untuk mewakili anda di Mahkamah.
- Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap pihak lain, anda boleh meminta peguam membantu anda membuat tuntutan dan mewakili anda di Mahkamah.
- Jika pihak lain membuat tuntutan yang tidak adil terhadap anda, anda mungkin memerlukan bantuan peguam untuk membela anda.
Peguam Syarie boleh memberi anda pelbagai perkhidmatan yang penting dan berguna. Antara perkhidmatan yang diberi oleh Peguam Syarie ialah :
- Bila anda menghadapi masalah dengan suami/isteri, peguam boleh menasihati anda tentang undang-undang perceraian, pembubaran perkahwinan, nafkah isteri, nafkah anak.
- Bila anda ingin menyelesaikan pertikaian tentang perebutan hak penjagaan anak, hak lawatan, hak bermalam, hak semasa hari raya dll.
- Bila anda ingin menyelesaikan pembahagian harta sepencarian selepas berlaku perceraian, atau apabila suami anda berkahwin lain (berpoligami), seperti rumah,kereta, wang simpanan, syarikat, saham dll. Peguam boleh memberi nasihat tentang prosedur yang terlibat, memeriksa semua dokumen bagi pihak anda dsbg. .
- Jika anda menghadapi masalah mengesahkan dan mendaftarkan perkahwinan tak legal anda, anda boleh berjumpa dengan Peguam Syarie untuk memperolehi nasihat atau mewakili anda di Mahkamah, jika perlu.
- Apabila salah seorang ahli keluarga meninggal, bantuan peguam syarie boleh diperolehi untuk membuat permohonan kepada Mahkamah supaya harta pusaka simati boleh dikendalikan, memperolehi sijil faraid, surat kuasa mentadbir dsbg.
Anda mungkin ingin meminta nasihat seorang Peguam Syarie:
- Untuk membuat wasiat supaya harta anda dibahagikan mengikut kehendak anda selepas kematian.
- Membuat Perjanjian Hibah supaya harta anda diserahkan kepada seseorang yang berhak mengikut kehendak anda.
- Untuk mengetahui hak anda di sisi undang-undang dalam sesuatu perkara
Peguam tidak dibenarkan mengiklan tetapi PGSM mempunyai senarai nama, alamat dan maklumat lain yang relevan tentang semua peguam syarie yang beramal di Malaysia, yang berdaftar dengan PGSM.
Anda DINASIHATKAN mendapatkan nasihat dan khidmat daripada Peguam Syarie yang berdaftar dengan PGSM kerana Peguam Syarie yang menjadi ahli PGSM adalah di bawah pemantauan secara langsung oleh PGSM berbanding Peguam Syarie yang bukan menjadi ahli PGSM. Sekiranya berlaku sebarang aduan tentang peguam berkenaan, PGSM boleh mengambil tindakan terhadap ahlinya termasuk mencari jalan penyelesaian terbaik antara pengadu dan ahli PGSM tersebut.
Ahli PGSM adalah seorang pengamal undang-undang Syariah yang mempunyai Sijil Peguam Syarie dan Sijil Amalan yang sah. PGSM tidak menerima mana-mana permohonan pihak-pihak yang tidak mempunyai Sijil Peguam Syarie sebagai ahli PGSM.
Senarai Peguam Syarie yang berdaftar sebagai Ahli PGSM boleh di lihat di halaman: https://www.pgsm.org.my/peguam-syarie
Anda boleh bertanya sendiri kepada Peguam Syarie yang anda temui tersebut samada beliau menjadi ahli PGSM atau tidak. Anda juga boleh mengenalpasti ahli PGSM dengan menyemak di halaman tersebut di atas atau menghubungi PGSM di talian 011-6458 2600.
Anda juga boleh memilih seorang Peguam Syarie menerusi cadangan kawan, rakan kerja dan saudara-mara, namun sebarang risiko anda terpaksa menghadapinya sendiri.
Jika hubungan kali pertama anda dengan seorang Peguam Syarie adalah menerusi panggilan telefon, anda harus memberitahunya sebab anda menghubungi dan terus membuat temujanji. Anda juga boleh bertanya berapakah bayaran yang dikenakan untuk Sesi Konsultasi tersebut supaya anda boleh bersedia dengan kewangan.
Pada perjumpaan nanti bawa bersama-sama anda segala dokumen relevan dan maklumkan kepada peguam semua maklumat yang perlu. Adalah lebih baik jika anda mencatat semua soalan yang hendak ditanya kepada peguam tersebut.
Jangan rasa takut untuk bertanya soalan. Jika ingin, anda juga boleh bertanya kepada peguam tentang banyaknya kerja yang terlibat dan jangka masa kes boleh diselesaikan.
Yuran yang perlu dibayar biasanya berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat bagi pihak anda, masa yang diambil, kesukaran kerja yang terlibat serta seniority Peguam Syarie yang anda lantik.
Adalah biasa bagi peguam meminta bayaran cengkeram sebelum memulakan kerja bagi pihak anda.
Sila bincang secara bebas bersama peguam anda tentang bayaran yuran. Ini adalah untuk mengelakkan salah faham.
Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan sebutharga atau Wa'ad secara bertulis daripada Peguam Syarie tersebut. Sekiranya anda tidak puas hati dengan yuran yang dikenakan, berbincanglah dahulu dengan peguam anda.