PGSM ditubuhkan dengan misi dan visi berikut: 

1. Mengukuhkan kewangan PGSM di peringkat Pusat dan Negeri




2. Mempelbagaikan fungsi Sekretariat-sekretariat PGSM di Pusat dan Negeri



3. Memprofesionalkan profesion Peguam Syarie dengan usaha gerak gempur ke arah mewujudkan Akta/Enakmen Profesion Guaman Syarie di peringkat Pusat dan Negeri


4. Memperhebatkan usaha dan penglibatan PGSM dalam penyelidikan dan pembaharuan undang-undang di peringkat Pusat dan Negeri

5. Memperkemaskan usaha dan mekanisme bantuan guaman syarie di peringkat Pusat dan Negeri


6. Memperbanyakkan program pendidikan dan latihan untuk ahli PGSM di peringkat Pusat dan Negeri



7. Mengekal dan menjalinkan hubungan baik PGSM dengan Kerjaaan Pusat, Kerajaan Negeri, MAIN, JAIN, mahkamah syariah, jabatan kerajaan berkaitan, universiti, NGO-NGO lain.

8. Melibatkan diri secara aktif dalam isu-isu wanita, kanak-kanak dan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.



9. Melipatgandakan usaha pertambah keahlian PGSM di cawangan sedia ada dan penubuhan cawangan baru.


10. Menjaga kebajikan ahli dan memantau masalah aduan serta disiplin ahli.




11. Memperbanyakkan program sukan/rekreasi/riadah sebagai suatu platform tanpa sempadan dalam menyatukan seluruh Peguam Syarie

12. Menjaga kepentingan, kebajikan serta memantau Peguam Syarie muda, Peguam Syarie wanita, Pelatih, serta firma-firma baharu.

13. Memperbanyakkan bahan penerbitan PGSM

14. Menaiktaraf dan mempromosikan laman sesawang dan Direktori maya PGSM

Bendera, Lambang Dan Lencana

Keterangan :

Warna Hijau : Melambangkan nilai murni dalam Islam yang menjadi pegangan Pertubuhan.

Warna Kuning : Melambangkan keutuhan dan sistem raja berperlembagaan yang diamalkan oleh negara.

Warna Merah : Melambangkan kebenaran menegakkan keadilan tanpa gentar dan berkepentingan.

Warna Putih : Melambangkan kesucian dan keikhlasan.

Bukut Terbuka : Melambangkan keilmuan dan keintelektualan.

Tulisan Jawi dan Rumi : Melambangkan budaya dan adat resam masyarakat Melayu.

PGSM ialah singkatan bagi Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Lokasi PGSM

Persoalan

Hantar soalan anda kepada kami.

Close Menu