Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(Shariah Lawyers Association of Malaysia)
Sekretariat PGSM
No. AC1-1A, Tingkat 1, Jalan Plumbum AC7/AC, Pusat Komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.
Tel : 03-5524 5100. 019-3870105 (Presiden)
No. Mobile : 011-3701 9155 Faks : 03-55245100
www.pgsm.org.my E-mail : sekretariatpgsm@yahoo.com
Jumaat, 10 November 2023
bersamaan 26 Rabi’ulakhir 1445H
KENYATAAN MEDIA
BERHUBUNG PENGECUALIAN FI ATAU CAJ TERHADAP PEGUAM SYARIE DI WILAYAH PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2024
Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar pada hari ini bahawa tiada pengenaan fi atau caj terhadap peguam syarie di Wilayah Persekutuan di bawah seksyen 23, 24, 29 dan 31 Akta Profesion Guaman Syarie 2019 [Akta 814] pada tahun depan (2024), maka dengan ini, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengeluarkan kenyataan seperti yang berikut:
- PGSM yang mewakili seluruh Peguam Syarie khususnya ahli-ahlinya di Wilayah-Wilayah Persekutuan serta di seluruh negara (yang mempunyai Sijil Amalan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan) mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan YB Menteri sebagai menteri ysng bertanggungjawab mengenai pentadbiran agama Islam ehwal di Wilayah Persekutuan.
- Pengecualian tersebut juga selari dengan peruntukan dalam Akta Profesion Guaman Syarie (WWP) 2019 (Akta 814) yang memberikan kuasa kepada menteri untuk menetapkan fi di bawah seksyen 23, 24, 29 dan 31 Akta tersebut.
- Pengecualian fi tersebut amat dihargai oleh seluruh Peguam Syarie yang turut terkesan dengan situasi ekonomi negara dan seluruh dunia. Walaupun Peguam Syarie adalah kerjaya professional, namun majoriti Peguam Syarie adalah pemilik atau rakan kongsi firma yang juga merupakan suatu perniagaan (business) yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa.
- Kami juga berharap agar Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dapat mempertimbangkan untuk mengambil langkah yang sama dengan mengecualikan fi pembaharuan Sijil Amalan Tahunan Peguam Syarie di negeri-negeri.
Sekian, untuk siaran.
“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”
Yang benar,
MUSA AWANG
Presiden,
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Jumaat, 10 November, 2023.